Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

LK PUBLISHING

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 2

  “Peraturan dalam kelas saya tidak jauh beza dengan kelas Sir Kevin.” Suara Adam kedengaran jelas, nadanya tenang namun tegas.         “Pertama…saya tidak akan beri sebarang toleransi kepada pelajar yang datang lewat, tidak fokus dan tidak membawa tugasan. Kedua….” dia mula menulis di papan putih dengan pen marker biru.         “Hanya pada pertemuan pertama ini saya akan berikan alamat email saya. Jadi, tolong catat elok-elok kerana saya tidak akan ulang lagi selepas ini. Sebelum menghantar tugasan, kamu semua mesti….” Suara dia makin tenggelam atau mungkin aku yang mula tenggelam dalam kantuk yang tak tertahan. Ada seseorang yang cuba menggoncang-goncang tangan aku perlahan.         “Sya, bangunlah Sya….jangan tidur.” Bisik Rachel dekat dengan telinga aku. Aku terjaga. Perlahan, mata aku kabur. Separuh roh masih melayang entah ke mana. Pandangan samar-samar macam ten...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...