Langkau ke kandungan utama

Teaser 2

 


“Peraturan dalam kelas saya tidak jauh beza dengan kelas Sir Kevin.” Suara Adam kedengaran jelas, nadanya tenang namun tegas.

        “Pertama…saya tidak akan beri sebarang toleransi kepada pelajar yang datang lewat, tidak fokus dan tidak membawa tugasan. Kedua….” dia mula menulis di papan putih dengan pen marker biru.

        “Hanya pada pertemuan pertama ini saya akan berikan alamat email saya. Jadi, tolong catat elok-elok kerana saya tidak akan ulang lagi selepas ini. Sebelum menghantar tugasan, kamu semua mesti….”

Suara dia makin tenggelam atau mungkin aku yang mula tenggelam dalam kantuk yang tak tertahan. Ada seseorang yang cuba menggoncang-goncang tangan aku perlahan.

        “Sya, bangunlah Sya….jangan tidur.” Bisik Rachel dekat dengan telinga aku. Aku terjaga. Perlahan, mata aku kabur. Separuh roh masih melayang entah ke mana. Pandangan samar-samar macam tengok dunia dari dasar kolam.

        “Time ada lecturer hensem, kau pulak tidur.” Sindir Rachel, senyum nakal terukir di bibir dia.

Aku pandang sekeliling. Eh?. Sejak bila dewan kuliah ni separuh kosong?. Yang tinggal cuma beberapa kerusi yang masih berpenghuni. Aku garu kepala sendiri. Dalam hati aku mula tertanya; berapa lama aku terlena?. Dan bila pandangan aku betul-betul jelas….mata aku terbeliak. Jantung aku macam baru terjun dari tempat tinggi.

Di hadapan, berdiri seorang lelaki dengan seluar slack hitam, berbaju kemas, bercakap sambil memandang ke arah pelajar. Dia…lelaki tempoh hari. Lelaki yang pegang telefon aku, yang Ummi puji-puji sampai aku tak mampu balas dan sekarang….jadi pensyarah aku?!.

Aku pandang Rachel. Tak sempat berbisik, tangan aku terus capai dia dan aku gerak-gerakkan lengan dia macam anak kecil yang cari perhatian.

        “Ehh…itu ke pensyarahnya?.”

Rachel angguk sambil senyum lebar.

        “Hebat jugak pensyarah tu sampai boleh buat seorang Nurraysa tak senang duduk…”

Aku tak jawab. Tak mampu. Ini bukan kagum…ini terkejut tahap kronik!.

“.....sebelum menghantar tugasan, saya akan panggil nama satu per satu. Pelajar yang dipanggil, tolong tampil ke hadapan dan serahkan tugasan kamu.” Suara Adam jelas, tenang tapi cukup untuk buat jantung aku melonjak macam peluru.

Aku capai buku Kimia Analisis dan terus aku sorokkan muka di belakangnya!. Gila, sungguh tapi aku tak ada pilihan lain.

Hari itu, aku yang paksa dia rawat luka dia. Aku juga yang curah hampir separuh botol alkohol dekat tangan dia dan sekarang…..dia berdiri di depan kelas, dengan status sebagai pensyarah aku. Telefon?!. Astaghfirullah….telefon aku masih ada dengan dia.Tak cukup satu bala, assignment aku pula entah di mana. Ya Allah, ini lagi seram dari kes Jazlan. Ini level bencana!.

        “Ahmad Mustakim…” suara Encik Adam mula menyebut nama.

        “Asri Maslan…”

Satu demi satu pelajar bangun, serah assignment dan aku?. Aku rasa degupan jantung aku makin kencang!.

        “Annatha Rachel…”

Rachel bangun. Muka dia tenang, senyum sedikit sambil hulur tugasan macam tak ada apa dan aku hanya mampu pandang belakang dia dengan berdoa dalam hati; Ya Allah … padamkanlah huruf N dari dunia ini.”

Encik Adam terus menyebut nama sehingga sampai ke nombor 23.

        “Nadia Ristina..”

Lepas tu, diam. Aku tahu…aku tahu sangat…

        “Nur Nurraysa…”

Dan dunia terasa berhenti seketika. Tangan aku menggigil. Nafas aku pendek. Aku tak mampu gerak. Otak aku beku. Semua kemungkinan berputar-putar dalam kepala.

        “Tak ada pelajar nama Nurraysa ke dalam dewan ni?.”

Dada aku makin sesak dan dalam satu saat yang panjang…aku tahu aku takkan mampu lari lagi.

Semua mata tertumpu pada aku. Dada aku bergetar perlahan macam kena ketuk dari dalam. Buku Kimia Analisis dalam tangan aku, aku genggam sekuat mungkin kononnya nak sembunyikan wajah tapi aku tahu….dia dah nampak aku.

        “Membaca tu bagus….tapi kalau bukunya terbalik, tak ke pelik namanya tu.”

Apa?. Refleks! aku pusing buku ke depan. Ya Allah, kulit buku tu terbalik. Aku dah tak tahu nak sorok muka dekat mana. Gelak ketawa kecil mula kedengaran, halus tapi cukup kuat untuk buat telinga aku berdesing. Dan akhirnya….aku pandang dia. Adam, ya… pensyarah aku sekarang. Yang hari itu berdiri sebagai orang asing dan hari ini, dia berdiri sebagai seseorang yang berkuasa untuk beri markah pada aku.

Mata dia sedikit terbeliak. Pasti terkejut. Kami berjumpa di tempat lain, dalam suasana lain, dalam peranan yang jauh berbeza. Dia pensyarah dan aku pelajar. Hancurlah hidup aku! tapi dia cepat-cepat betulkan riak wajah. Satu saat kemudian, dia jadi Encik Adam yang profesional. Dia berdehem perlahan, kemudian tunduk melihat kertas di tangan.

        “Sila hantar tugasan kamu ke hadapan.”

Nada dia tenang tapi aku tahu….inilah saat yang paling aku takut.

        “Maa…maaf Encik Adam, assignment saya tertinggal.”

Suara aku tenggelam timbul. Aku bukan pelajar pemalas. Sungguh bukan!. Aku tak tahu macam mana tugasan tu boleh tak ada dalam beg aku. Macam mana aku boleh lupa sedangkan aku yakin aku dah simpan.

Dan entah kenapa juga…aku selalu datang lambat walaupun dah keluar sejam lebih awal. Ada saja halangannya. Macam hidup aku ditakdirkan untuk diuji setiap hari. Dia diam seketika, kemudian suara dia keluar, tenang tapi tegas.

        “Kalau begitu, sila keluar dari kelas dan datang berjumpa saya lusa untuk sesi detention.”

 

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...