“Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba.
Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.
“Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun.
Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.
“Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan.
Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?.
Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.
“2704….itu kan password telefon kau?. Jawab Sya!. Kenapa kau guna tarikh lahir aku?.”
“Pulangkan telefon aku.” Pintaku dingin.
“Kau….kau cintakan aku, kan?.”
Kenapa persoalan itu harus sekarang?. Kenapa tika aku sendiri masih cuba menarik nafas dalam dunia yang baru kehilangan ayah?. Tidakkah dia mengerti suasana?. Tidakkah dia tahu, ini bukan masanya untuk membuka luka lama?.
Aku terus merampas telefon dari tangannya.
“Kenapa?. Kau rasa terbeban?. Semua tu….dah lama berlalu. Jadi kau tak perlu risau lagi.” Suara aku lelah dan aku tak mahu berpura-pura. Dia sudah pun meneka dengan tepat. Tiada guna aku menafikan.
Aku berpaling, mahu pergi dari situ, dari segalanya yang menyakitkan.
“Ya, aku terbeban!.” Jeritnya dari belakang.
“Sebab aku juga cintakan kau, Nurraysa!.”
Langkahku terhenti. Rasanya darah beku di kepala. Dunia seakan terhenti berputar. Aku berdiri kaku, tak tahu mahu marah atau menangis.
Dulu ya, aku ingin sangat dengar kata-kata itu tapi bukan sekarang. Bukan di saat semuanya sudah hancur. Kenapa baru sekarang dia ucapkan semua itu?. Ke mana dia selama ini?. Kenapa saat aku sudah jadi milik orang lain?. Dan kenapa…ketika dia sendiri sudah jadi milik kakakku?.
“Aku….aku nak tinggalkan semua ni dan aku nak jujur dengan kau, semuanya. Aku ingat kau dah sukakan orang lain. Aku fikir…kau tak perlukan aku lagi sebab itu aku pilih untuk kahwini Tasya tapi sekarang aku sedar…yang aku…yang aku betul-betul…”
“Berhenti!!!.” Aku menjerit, suara aku tinggi, mataku tajam menikam wajahnya. Kali ini, kemarahanku bukan mainan.
“Kak Tasya bukan perempuan murahan yang boleh kau tidur hanya untuk satu malam dan lepas tu kau tinggalkan macam tu saja!. Dia bukan pilihan sementara yang kau boleh buang bila kau sedar kau nak orang lain. Lelaki macam kau memang tak layak jadi abang ipar aku!!.”
Jazlan terdiam, wajahnya pudar.

Ulasan
Catat Ulasan