“Cubalah fikir balik cadangan aku tu, Dam.” Ujar Khalish dengan nada separuh memujuk. Mereka baru saja melangkah keluar dari bilik pembedahan. Perdebatan itu, seperti biasa, berulang kembali, tak pernah selesai.
“Jadi masa tu kau dengan Nayla memang sengaja ajak aku datang rumah dia?. Kononnya nak jumpa dengan Encik Omar padahal nak buat aku terserempak dengan Nurraysa lepas kau tahu telefon tu milik dia, kan?.”
“Demi Tuhan!. Tak Adam!. Aku pun tak tahu yang telefon tu milik Nurraysa tapi tak salah kalau kau cuba kan?. Kau masuk je meminang, bercinta lepas kahwin.”
“Dia tu masih muda Lish. Fikirlah sikit…logiklah sikit.”
“Inilah cadangan yang paling logik. Kenapa?. Sebab dia muda?. Sebab dia tu student kau?. Setahu aku, tak ada mana-mana akta pun yang larang pensyarah kahwin dengan pelajar dia sendiri!.”
Apa yang sebenarnya terjadi hari ini?. Seolah-olah seluruh dunia berputar di orbit yang sama. Tentang cinta, tentang rasa, tentang ikatan perkahwinan. Adam menarik nafas dalam. Hatinya… terlalu bising dengan debaran yang tak diminta. Adakah hanya kerana dia mengaku jantungnya berdegup laju…semua orang terus berebut mahu menyusun cerita cintanya?. Dan kalau benar dia nekad melamar Nurraysa, adakah gadis itu akan menerima dirinya?.
“Nanti apa pulak orang cakap Lish!. Aku tak sesuai untuk dia.”
“Bukan ke dulu kau sendiri yang pernah cakap…tak perlu sibuk fikir apa pandangan manusia. Pandangan Tuhan itu yang lebih utama tapi kau elak semua ni sebab kau rasa kau tak layak, sebab kau seorang pensyarah dan dia….pelajar kau. Betul kan?.”
Adam senyap tapi diamnya bukan kosong. Ia penuh gelora.
“Dari mana kau tahu aku….jatuh cinta?. Jangan buat andaian tanpa bukti. Kau bukan Detektif Conan.” Katanya, separuh menyindir namun nadanya lebih rapuh daripada sinis.
“Aku tahu….dari setiap inci perubahan kau. Dari cara kau tengok dia. Dari cara kau senyap bila namanya disebut. Kenapa kau tukar nama orang yang bertanggungjawab atas kes Irsyad tu?. Kau ingat aku tak perasan?. Kau tak boleh sembunyikan semua tu dari aku Dam.”
Sejak awal, Nurraysa memang mengganggu fikirannya. Seperti bayang yang tak pernah pergi walau siang atau malam. Dia cuba untuk lari, berpaling dan menjauh kerana posisinya sebagai pensyarah menjadikannya ragu. Terlalu ragu.
“Tolong dengar aku kali ni. Tak ada jalan lain untuk dua hati yang saling jatuh cinta…selain pernikahan. Kalau tidak, kau akan terus-terusan terperangkap dalam zina perasaan dan jiwa Adam.” Kata Khalish, nadanya tegas, nadinya jujur.
Adam diam lagi. Kata-kata itu pahit….tapi benar. Mungkin benar dia menyimpan perasaan. Mungkin juga hati kecilnya sudah pun tumbuh rindu pada Nurraysa tapi bukankah gadis itu sudah menyebut tentang lelaki lain yang ada di hatinya?.
Dia mendongak lalu meraup rambut di dahi dengan kasar. Gelisah. Terlalu banyak pertanyaan yang tak mampu dijawab logik. Layakkah aku?.
Pensyarah jatuh cinta pada anak didiknya?. Dunia pasti akan bersuara tapi hati… hati itu sudah terlalu keras berdetak untuk dia abaikan. Kadangkala, untuk menjauh dari Nurraysa, dia sengaja mencipta marah. Biar gadis itu benci, biar rasa itu mati tapi…rasa itu tak pernah mati. Ia membesar dalam diam.

Ulasan
Catat Ulasan