Buku-buku berselerak di atas katil, meja, lantai…seolah-olah menjerit agar aku kembali fokus tapi tidak. Malam ini…tidak. Ummi dan Kak Tasya sudah lena di bilik masing-masing. Rumah sunyi tapi kepala aku riuh bagai ada pasar malam dalam jiwa. Apa yang salah sebenarnya?. Kenapa aku rasa tak menentu begini?. Aku bangun dan tanpa sedar, aku mula melompat-lompat kecil di tempat tidur seperti budak tak cukup umur. Tak mungkinlah jantung aku berdegup tanpa sebab. Tak mungkin aku begini….tidak normal?.
Aku bukan sedang fikirkan Jazlan. Bukan juga Kak Tasya. Bukan pasal peperiksaan akhir minggu depan dan bukan juga Abi.
Encik Adam.
Nama itu muncul….tiba-tiba seperti diseru dari dasar ingatan.
Astaghfirullah… dia bukan mahramku!. Dia pensyarahku. Seorang doktor, bukan lelaki yang sepatutnya menjadi isi doa malamku. Kenapa aku harus memikirkannya sekarang?. Adakah aku terlalu malu kerana terserempak dengannya tadi?. Aku sendiri tak sedar, tangan ini….. menggenggam erat bajunya. Ohhh malunya!.
Mungkin…ya. Mungkin hanya sebab itu. Aku berdiri di hadapan cermin. Memandang bayangan sendiri. Mata aku bulat tapi pipi…Ya Allah…kenapa merah macam ni?. Aku tekan pipi perlahan. Panas bukan sebab demam tapi…sebab perasaan yang aku tak mahu akui.
Gila!. Aku dah gila agaknya sampai-sampai dia penuh dalam kepala aku…

Ulasan
Catat Ulasan