Langkau ke kandungan utama

Teaser 12

 


Adam masih kaku. Kata-kata Khalish bergema dalam mindanya seperti bisikan yang tak mampu dihalau walau ditolak dengan logik yang bertingkat-tingkat. Layakkah aku?.

Dia seorang pensyarah. Nurraysa pula pelajar. Dunia akan bercakap. Mulut manusia akan menyulam cerita, menyulam dosa, menyulam andaian yang tak berpenghujung tapi hati yang tidak diketahui dunia ialah suara hatinya sendiri. Yang sudah terlalu lama berbunyi, terlalu lama menjerit dalam diam.

        “Adam, kau tahu tak apa yang sebenarnya kau takutkan?.” Soal Khalish perlahan, hampir berbisik.

        “Bukan kerana dia pelajar tapi kerana kau rasa kau tak cukup baik dan sebab kau tahu… dia terlalu bersih untuk dunia kau yang penuh luka.”

Adam mengangkat wajah. Matanya kelihatan letih.

        “Dan salahkah kalau aku memilih untuk melindunginya… daripada aku?.”

        “Tak…tapi kau lupa satu perkara. Kau bukan pelindung. Tuhan itu yang Maha Pelindung. Kau hanya perantaraNya. Kau patut serahkan urusan ini kepada Dia.”

Adam tunduk semula.

Sejak hari pertama dia terpandang Nurraysa, bukan kerana rupa, bukan kerana suara tapi kerana cara gadis itu menyentuh dunianya dengan lembut…dia sudah tahu, dia sedang berada dalam masalah. Masalah yang tak mampu diselesaikan hanya dengan menjauh sebab setiap kali dia menjauh, rindunya pada gadis itu bertambah.

Setiap kali dia mencipta alasan untuk marah, dia sendiri yang terluka dan setiap kali nama Nurraysa disebut, hatinya seolah-olah menjerit untuk berlari kepadanya.

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...