Langkau ke kandungan utama

Teaser 16

 


“Abi selalu cakap….dia tak sabar nak tengok anak Kak Tasya nanti tapi yang paling Abi nak sangat….adalah menjabat tangan lelaki….yang akan menjadi imam untuk puteri dia. Kak Nayla, Abi titipkan pada Abang Khalish. Kak Tasya….Abi lega sebab dia dah nikah dengan Jazlan dan….Abi kata, dia teringin sangat nak berjabat tangan dengan lelaki yang akan menjadi imam Sya….sebab kata dia, anak perempuan itu adalah tanggungjawab seorang ayah.”

Dia berfikir keras, mencari jalan untuk merealisasikan salah satu keinginan terakhir ayahnya. Mustahil untuk memaksa Kak Tasya segera menimang cahaya mata. Ya, hanya satu jalan yang masuk akal….dia harus berkahwin. Malam ini juga.

Dia tahu fikirannya mungkin tidak waras sekarang tapi semua itu tidak penting. Yang sedang terbaring di dalam bilik ICU adalah ayahnya. Lelaki yang sekian lama dia abaikan, yang kasihnya dia pandang ringan. Jika Allah membenarkan rundingan, pasti dia akan meminta agar sisa umurnya disambung kepada sisa usia ayahnya. Biar sekurang-kurangnya, ayahnya mampu bertahan untuk melihat cucu dari Kak Tasya. Ujian datang silih berganti menghimpit jiwa Nurraysa dan mungkin…inilah kemuncaknya. Dia terlalu ingin menghubungi ibunya dan juga kakaknya tapi pesanan ayahnya sentiasa bermain di benak. Tidak semua boleh dikongsi. Tidak semua harus diberitahu. Tanpa pengetahuan Nurraysa, Adam telah memberitahu pembantunya agar menghubungi Khalish dan Nayla secara senyap. Dia tahu Nurraysa sedang menanggung derita terlalu banyak.

        “Tenang Sya….” ujar Adam dengan suara rendah, penuh pertimbangan. Dia tahu, keputusan itu bukan datang daripada hati gadis itu. Dia perasan akan bagasi kecil di sisi Nurraysa, petanda dia mahu pergi, bukan mendirikan hidup baru.

        “Dengar betul-betul Sya, keputusan untuk berkahwin bukan semudah itu. Saya tahu awak sedang tertekan. Saya juga tahu….hati awak bukan untuk saya. Jangan ambil keputusan terburu-buru. Kita boleh cari jalan lain untuk bahagiakan ayah awak….tanpa perlu terburu-buru berkahwin.”
        “Pernikahan itu bukan permainan.”

Nurraysa menggenggam kuat jemarinya, matanya kembali berkaca tapi kali ini bukan air mata lemah tapi tekad.

        “Tapi umur Abi juga bukan permainan untuk Sya.” Suaranya naik sedikit, menggambarkan betapa dalam luka yang ditanggungnya.

        “Encik Adam tak tahu….apa yang Sya dah buat selama ni pada Abi, kan?. Sya yakin dengan apa yang Sya cakap.”

Dia berhenti sejenak, matanya menatap tajam lelaki di hadapannya.

        “Kenapa?. Encik Adam…nak undur diri?.”

“Masalahnya, perkahwinan itu bukan sekadar untuk hari ini saja, Sya.” Nada suara Adam perlahan namun tegas.

“Fikirkan masa depan awak. Ayah awak pun…. takkan sanggup kalau awak berkahwin hari ni tapi akhirnya nanti awak tak bahagia.”

“Sya….setiap anak pasti sanggup berkorban apa saja bila melihat ibu bapa mereka terlantar di hospital macam ni tapi tetap…perkahwinan bukanlah jalan keluar yang paling baik. Jangan buat keputusan secara tergesa-gesa.”

Adam menarik nafas panjang, cuba menenangkan gelora di dadanya sendiri.

        “Saya memang nak berkahwin dengan awak, Sya tapi bukan begini….bukan dalam keadaan terpaksa dan sedih begini.”

Tubuh Nurraysa mula terhinggut-hinggut menahan tangis. Air mata tidak lagi dapat dibendung dan hidungnya memerah. Tangisan itu bukan sekadar kesedihan, ia adalah penyesalan, ketakutan dan rasa bersalah yang bertimpa-timpa.

Adam menggosok rambutnya kasar, gelisah. Hatinya bergolak, tidak sanggup melihat keadaan Nurraysa.

        “Jadi maknanya, Encik Adam tak boleh lah kan?.” Nurraysa bersuara di antara esaknya.

        “Kalau macam tu….Sya akan cari lelaki lain.”

“Okay!. Saya akan kahwin dengan awak sekarang jugak!.” Adam memintas, suaranya tinggi dan dalam.

“Tapi janji dengan saya…awak takkan pernah menyesal dengan keputusan yang awak buat hari ni.”

 

 

 

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...