Malam itu, tepat selepas solat Maghrib, aku duduk di meja belajar tapi entah kenapa, aku rasa seperti sedang cuba menyelesaikan puluhan soalan pengiraan dos ubat padahal aku hanya perlu menghantar satu pesanan. Satu mesej sahaja.
Namun aku langsung tak tahu nak mula dari mana. Nak cakap apa pada dia?. Macam mana?.
Otakku tiba-tiba jadi kosong. Aku lempar telefon bimbit ke atas katil, geram sendiri dan ketika telefon itu jatuh atas tilam, pintu bilik tiba-tiba terbuka. Aku terlonjak kecil. Ummi masuk, masih lengkap dengan telekung.
“Dah mesej Adam?.” Soalnya terus, tajam.
“Mesti belum kan?. Suruh mesej pun macam susah sangat.”
“Sya bingunglah Mi.” Jawabku perlahan.
“Apa yang nak dibingungkan?. Sini, biar
Ummi yang taip.”
Cepat-cepat aku capai telefon.
“Biar Sya jelah Mi.”
Astagha!. Jangan sampai Ummi nampak nama yang aku simpan tu!!.
Sejak dulu, aku simpan nombor dia dengan nama ‘Nightmare Lecturer’. Bayangkan kalau Ummi nampak…memang aku tak sempat bertaubat.
Aku cuba menaip;
“Assalamualaikum, encik. Apa khabar?.”
Tapi tak…terlalu formal. Aku padam.
Aku cuba lagi;
“Assalamualaikum abang….
Eh?. Abang?. Macam pelik pula. Aku padam semuanya lagi.
Akhirnya, aku taip semula;
“Assalamualaikum…”
Aku temenung sekejap. Kosong sangat. Aku tambah dua perkataan lagi dan bila
aku baca semula;
“Assalamualaikum My Dear, Imamku…”
Aku tergelak sendiri. Astaghfirullah….poyo gila ayat aku!. My Dear bagai….arghhhh!!.
Akhirnya, aku padam semula. Lama aku renung skrin. Nafas aku berat. Akhirnya, aku taip paling ringkas;
“Assalamualaikum…”
Dan aku tekan send.
Sekarang…aku hanya mampu tunggu. Kalau dia cuma balas dengan ‘waalaikumussalam’ sahaja macam mana?. Hati aku dah mula main macam-macam andaian.
Dalam keheningan malam yang tenang, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Jantungku berdegup laju. Nama ‘Nightmare Lecturer’ muncul di skrin.
Encik Adam.
Aku tergesa-gesa. Gementar. Setelah menarik nafas panjang, aku menggesel ikon hijau dan membawa telefon ke telinga kanan.
“Assalamualaikum Sya,” kedengaran suaranya yang tenang dan cukup dikenali.
“Sya?.”
“Ya Encik Adam.” Aku segera menekup mulut sendiri. Astaghfirullah…kenapa aku masih panggil dia ‘encik’?.
“Ehhh awak okay ke?. Saya cuma terkejut
awak hantar mesej tadi. Ada apa-apa ke?.”
Aku terdiam sejenak. Tidak tahu nak jawab bagaimana. Ayat yang aku susun tadi
semua hilang entah ke mana.
“Awak…okey ke dekat sana?. Macam mana dengan Ummi?.” Dia bertanya lagi, nadanya lembut.
“Alhamdulillah, kami berdua sihat. Semuanya okay kat sini. Encik Adam…ehh…errr awak sihat?.”
“Alhamdulillah, saya sihat.”
Keheningan kembali menyelimuti antara kami. Hanya bunyi jam dinding di bilik aku yang kedengaran berdetik perlahan.
“Ummi yang suruh Sya tanya khabar. Dia risaukan awak. Dia suruh tanya sihat ke, dah makan ke belum, macam mana keadaan kat sana tapi….Sya rasa kekok pulak nak tanya macam tu.” Aku akhirnya mengaku, terus terang.
“Kalau macam tu, tolong sampaikan pada
Ummi…yang saya dah makan. Malah sekarang pun saya tengah makan.”
Aku senyum kecil.
“Awak makan apa?.”
“Mee segera dalam cawan. Sini sejuk.”
Aku menepuk dahi.
“Encik Adam ni kan doktor. Patutnya doktor lebih tahu yang mee segera tu tak elok untuk badan. Ada bahan pengawet, banyak MSG. Lain kali makanlah makanan yang elok sikit. Yang seimbang, ada serat, ada vitamin….”
“Sekejap.” Dia memotong lembut.
“Awak sebenarnya risaukan saya kan?.”
“Errrr…bbb…bbuu…bukan macam tu.
Maksud Sya tadi….itupun Ummi yang cakap…” suara aku makin perlahan, makin
tenggelam dalam rasa malu yang tak tertanggung. Ya Allah, kenapa dengan aku
ni?.
Kerana terlalu segan, aku terus mengakhiri perbualan.
“Dekat sini dah azan Isyak, Sya letak dulu ya. Esok majlis resepsi Kak Tasya, jangan lupa datang…assalamualaikum.”

Ulasan
Catat Ulasan