Bunyi pintu membuat aku berpaling pantas. Tubuhku berputar menghadap si pendatang.
Deg.
Pandangan kami bertaut. Dia terhenti sejenak, begitu juga aku. Ada satu detik hening yang terasa indah, seolah-olah ada alunan muzik latar romantik yang hanya kami berdua boleh dengar.
Saat itu, aku sedar satu perkara….kata-kata para mahasiswa dan mahasiswi itu benar. Wajah dia menipu usia. Ya, hari ini dia mengenakan seluar hitam, kemeja putih, tuksedo hitam dan bertali leher. Rambutnya tersisir rapi, kemas dan…ahhh hensem sungguh!. Aa..aaa….apa yang patut aku buat sekarang?. Kenapa dia….Encik Adam yang datang ni?. Aku sendiri masih sukar percaya bahawa kami sudah berkahwin. Ya Allah….Nurraysa, tenangkan jantungmu sekarang juga!. Suruh dia perlahan sedikit…bisik hatiku. Baru tiga bulan aku tak melihat wajahnya tapi kenapa terasa seperti dia…berubah?.
Aku tersenyum kaku sambil melangkah mendekatinya. Dia pun turut menghampiri dan kaki kami bertemu di tengah-tengah langkah yang tertinggal. Aku sedikit mendongak untuk memandang wajahnya. Senyum canggung masih setia terukir di bibirnya sejak tadi. Senyuman itu… tak mungkin dilihat oleh mana-mana pelajar di kampus. Hanya aku yang tahu….dia manis.
“Kenapa datang ke sini?.”
Ya Allah!!. Nurraysa, soalan apa tu?. Aaarghhh!!. Otakku seperti tidak berhubung.
“Ummi awak yang suruh saya datang ke sini.” Jawabnya tenang tapi cukup untuk buat hatiku terusik.
Aku hulurkan tangan perlahan, menggenggam jemari suamiku…lalu aku tunduk, mencium tangannya. Satu rasa bahagia yang sukar dijelaskan membanjiri hatiku. Ini kali pertama aku menyentuh tangan seorang lelaki selain Abi.
Aku tak mampu memandang wajahnya lagi apatah lagi ke dalam matanya yang seperti mengandungi jutaan kilauan kristal. Dia menyentuh bahuku….lalu bibirnya menyentuh keningku. Seolah ada kejutan elektrik mengalir dalam tubuhku. Hatiku mekar tanpa sedar. Mataku pun ikut mekar…rasanya aku ingin rebah. Kaki seakan tak punya tulang, tubuhku hilang imbangan.
Dia menyedarkan aku dengan pesona yang selama ini tak kusangka dia miliki. Aku kumpulkan keberanian untuk menatap wajahnya sekali lagi sambil dalam hati berdoa agar Allah tenangkan degup jantungku yang seperti baru habis berlari dalam perlumbaan marathon. Kali ini, senyumannya lebih tenang. Senyum yang terlalu manis…sampai terasa berlebihan tapi aku tetap sukakannya.

Ulasan
Catat Ulasan