Aku berdiri depan kelas dengan nafas tak tentu arah. Rasa macam baru lepas habis marathon. Dari jauh aku nampak pintu kelas dah tertutup rapat. Mesti Dr. Imran dah masuk. Aku ketuk pintu perlahan…kemudian tarik nafas dan buka. Kelip mata. Kelip lagi. Aku pasti tak salah tengok jadual pagi tadi. Sepatutnya pagi ini kelas Dr. Imran tapi kenapa…yang berdiri kat depan tu….Encik Adam?.
“Bagus…awak lambat di minggu pertama semester dua.” Kata Encik Adam dengan suara tenang tapi cukup untuk buat jantung aku gugur. Dia belek kertas kehadiran sekejap.
“Pelajar nombor 34….Nur Nurraysa binti
Omar. Betul?.”
Apa dia ni?. Otak dia ada terhantuk kat mana-mana ke pagi tadi?. Sampai nama
aku pun dia boleh tanya?. Aku angguk…tunduk habis. Rasa malu tu….level nak
tembus lantai.
“Maa…maaf Encik Adam…” kataku, berdiri kaku kat depan pintu.
“Awak tinggal kat mana?.”
Aku berkerut dahi. Serius?. Kita duduk serumah kot. Sebilik, tidur sebantal! tapi tanya aku tinggal kat mana?. Excuse me!.
“Saya tinggal kat Perumahan Green Harmoni encik.” Jawabku sambil tahan sabar. Alamat rumah Ummi yang aku sebut.
“Saya rasa jalan kat sana tak jammed sangat pun.”
Ya betul…masalahnya aku bangun lambat!.
“Saya dah tanda kehadiran awak sebagai ‘tak hadir’.”
Hah?!!. Belum habis terkejut, dia tambah lagi;
“Jumpa saya untuk sesi detention lepas kelas. Sekarang, sila keluar…dan tutup pintu dengan cermat.”
Apa hal dengan lelaki ni?. Bukan ke dia kata hari ini dia cuma mengajar di Fakulti Perubatan?. Tiba-tiba muncul kat fakulti aku dan sekarang….bagi aku detention pada hari pertama dia mengajar?. Encik Adam memang….pelakon terhebat!. Menyakitkan hati betul!.

Ulasan
Catat Ulasan