Langkau ke kandungan utama

Teaser 25

 


Malam itu, aku baru balik dari kuliah atau lebih tepatnya lagi selepas mesyuarat remaja masjid. Kami bincang tentang projek sedekah baru GAFAS PM (Give A Favourite Snack per Mouth). Projek cadangan Zahra kali ini betul-betul luar biasa. Dia dapat idea daripada Surah Al-Insan, ayat lapan;

 

        “Dan mereka memberikan makanan, sedang mereka menyukainya, kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

 

Maksudnya kalau nak bersedekah, beri sesuatu yang kita suka bukan sekadar benda lebihan atau tak terpakai.

Lepas mandi, aku baru perasan satu masalah besar. Aku lupa bawa baju masuk ke bilik air. Biasanya aku memang dah siap bawa masuk awal-awal tapi kali ni entah macam mana boleh terlupa.

Nak keluar?. Tak mungkin…hanya berselimutkan tuala?. Mustahil!.

Aku jenguk keluar sedikit dari celah pintu. Encik Adam tengah duduk atas sofa, sibuk dengan laptop.

        “Encik Adam!!.” Aku panggil, kuat sikit.

        “Hummm?.” Sahutnya.

        “Tolong ambilkan baju Sya….”

Senyap tapi lepas tu aku dengar bunyi tapak kaki bergerak ke arah almari. Beberapa minit kemudian, pintu bilik air diketuk perlahan.

Aku buka sedikit, cukup untuk hulurkan tangan.

        “Terima kasih….” ucapku, cepat-cepat tutup balik pintu.

Aku pandang baju yang dia hulurkan. Baju tidur polos warna biru langit siap dengan tudung sekali. Aku hela nafas perlahan. Dia terlupa satu benda penting…pakaian dalam!.

Tudung itu terjatuh. Aku tak sempat sambut dengan betul tadi. Sekarang…macam mana ni?.

Belum sempat aku fikir, tiba-tiba pintu bilik air diketuk semula. Aku buka sedikit, cukup untuk lihat dia hulurkan tangan…  dan tangan dia pegang ‘benda keramat’ itu, hulurkan ke arah aku.

Aduhai!. Malunya aku…tak tahu nak letak muka kat mana.

Kaki aku mula mundar-mandir, fikir macam mana nak buat Encik Adam keluar dari bilik supaya aku boleh cepat-cepat ambil tudung lain. Otak aku ligat mencari helah…

Yes!. Satu idea muncul!. Brilliant!.

        “Encik Adam….” panggilku dengan nada sengaja dibuat lemah-lembut.

        “Apa lagi?.” Dia jawab dengan nada sedikit berkerut, penat agaknya.

        “Sya terlupa, Sya ada panaskan air tadi. Boleh tolong tengokkan?. Takut terbakar…”

Beberapa saat kemudian, aku dengar dia turun tangga.

Aku buka pintu perlahan, jenguk kepala keluar untuk pastikan dia dah betul-betul tiada.

Yes!. Selamat!.

Aku melangkah keluar dengan tenang. Pintu bilik sedikit terbuka, aku berjalan berjinjit untuk tutup.

        “Huhhh…selamat….” bisikku sambil senyum kecil.

        “Apa yang selamat tu?.”

Suara itu…dari belakang.

Jantung aku rasa macam nak meletup. Terus aku pusing dan ya…dia berdiri kat sebelah meja kecil.

Aku beku.

Kenapa dia masih di sini?.

Aku yakin dia dah keluar tadi!.

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...