Langkau ke kandungan utama

Teaser 27

 


Kami duduk di bawah pokok besar. Angin sepoi-sepoi menyentuh kulit. Langit cerah, daun berdesir. Seketika…kepala aku rasa sedikit ringan.

Aku tarik nafas perlahan. Masa untuk berterus-terang.

        “Pasal ubat tu….saya…”

        “Bukan ke saya yang sepatutnya tanya pasal ubat tu, Sya?.” Dia pandang aku serius.

        “Kenapa awak ambil steroid?.”
Aku tarik nafas lagi. Dalam.

Rahsia yang aku pegang selama ni…aku dah jaga sebaik mungkin tapi hari ni, rasanya aku dah tak mampu untuk diam lagi.

        “Multiple sclerosis.” Aku jawab perlahan.

Dr. Hana pandang aku lama, mata dia jelas tak percaya.

        “Sejak bila, Sya?.” Nada dia berubah, penuh cemas.

Aku angkat tangan aku.

        “Entahlah….mungkin sejak tangan ni mula kerap menggigil, berpeluh tanpa sebab…” aku senyum nipis. Senyum yang lebih kepada pasrah. Masa seolah terhenti saat itu.

        “Awak tak ada ambil apa-apa rawatan?.”

        “Ada…”

        “Doktor cakap apa?.”
        “Dalam masa terdekat….mungkin akan alami neuritis optik.”

Dr. Hana terdiam.

        “Adam tahu?.”

Aku geleng perlahan.

        “Tak…dan dia…tak boleh tahu.”

Wajah Dr. Hana berubah.

        “Dia perlu tahu Sya. Kalau awak tak bagitahu dia, saya sendiri yang akan beritahu.”

Mereka ni…sama saja. Adam pun suka ugut halus macam tu.

        “Apa yang patut saya bagitahu doktor?. Adakah saya patut beritahu yang selepas ni dia perlu jaga isterinya yang cacat?.” Aku senyum tapi senyuman yang menyakitkan.

        “Doktor nak saya cakap macam tu?.”

Dr. Hana tunduk. Aku tahu….pengakuan aku berat untuk dia terima tapi ini kenyataannya.

Sunyi seketika. Angin masih berhembus perlahan tapi dalam diri aku, macam ada badai.

        “Jadi, apa rancangan awak Sya?.”

Aku tenung jauh.

        “Saya akan tinggalkan dia….sebelum dia tahu semuanya.”

Dr. Hana tarik nafas panjang.

        “Adam berhak bahagia…di sisa hidupnya.” Bisikku perlahan.

        “Bukan…terikat dengan saya. Bukan kena korbankan masa depan dia untuk hidup dengan seseorang yang akan jadi beban.”

Aku pandang mata Dr. Hana.

        “Doktor, awak sahabat dia kan?. Seorang sahabat…mesti nak tengok sahabat dia hidup bahagia.”

Dr. Hana masih belum bersuara.

        “Tolong….rahsiakan hal ini.” Aku pinta perlahan, suara aku hampir tenggelam dalam angin petang yang tenang tapi berat. Dia capai gelas bubble tea yang tinggal separuh.

        “Datanglah untuk sesi konsultasi nanti…saya akan cuba cari alternatif lain. Ubat yang bukan steroid.”

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...