Langkau ke kandungan utama

Teaser 29

 


“Abang dah sediakan hadiah untuk Sya?.” Soal Nurraysa perlahan sambil meneguk coklat panasnya. Suaranya seolah biasa tapi Adam sedar, ada sesuatu yang tak kena.

Dia perhatikan tangan yang memegang cawan itu…menggigil.

Kalau marah sebab hadiah lambat, takkanlah sampai gementar begitu. Ini bukan marah. Ini risau. Ini takut.

Adam cuba menyembunyikan kejutan dalam poketnya. Rantai emas dengan ukiran nama ‘Sya’, lambang dirinya dan cinta yang perlahan-lahan tumbuh.

        “Belum…abang belum sempat beli hadiah.” Katanya perlahan, cuba berlakon biasa. Dia mahu rantai itu jadi kejutan.

“Abang dah janji kan?. Akan tunaikan apa sahaja permintaan Sya…sebagai hadiah?.”

Adam mengangguk tanpa ragu. Janji itu bukan sekadar kata, dia benar-benar bersedia lakukan apa saja untuk Nurraysa, hari ini dan untuk hari-hari seterusnya.

Nurraysa menarik nafas dalam. Perlahan, dia buka zip beg tangannya dan mengeluarkan satu sampul surat. Dia hulurkan kepada Adam, matanya tak berganjak.

        “Abang sign ni…untuk Sya dan datang ke mahkamah nanti.”

Adam ambil sampul itu dengan selamba. Tak ada rasa curiga. Tak ada sebarang firasat buruk pun yang singgah di fikirannya. Bukankah mereka kini baik-baik saja?. Hubungan mereka… semakin pulih. Semakin manis. Namun saat matanya tertancap pada tajuk surat, waktu seperti berhenti bergerak. Mahkamah Syariah, Permohonan Pembubaran Perkahwinan. Segala-galanya jadi kelam.

Dunia yang tadi hangat dengan aroma coklat panas dan cahaya lembut kafe… kini jadi kosong. Sunyi. Dingin.

Tangannya yang menggenggam surat itu terasa longgar. Nafasnya tersekat di kerongkong. Dia letakkan surat itu semula di atas meja, perlahan-lahan seolah-olah surat itu tajam, yang boleh melukakan terus ke dasar hati.

        “Sya bergurau kan?.” Suaranya serak, senyuman tipis mula pudar dari wajah.

        “Abang tak suka kalau Sya main-main macam ni.”

Namun Nurraysa menggeleng. Tak ada air mata. Tak ada sedu tapi diamnya lebih pedih daripada tangisan.

        “Sya tak bergurau abang. Ini….betul-betul apa yang Sya nak.”

        “Sya nak….kita berpisah.”

Adam rasa seperti kehilangan tanah di bawah kakinya. Matanya tak lepas dari wajah isteri yang dia jaga, yang dia doakan, yang dia cintai dalam diam selama ini. ‘Pisah’, satu perkataan tapi cukup untuk menghancurkan seluruh keyakinan dan harapan yang dia bina.

        “Kenapa?.” Suaranya akhirnya pecah. Lirih. Retak.

Tapi Nurraysa tetap tenang seolah-olah keputusan itu bukan sesuatu yang baru dia buat semalam tapi sesuatu yang sudah lama dia simpan.

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...