Langkau ke kandungan utama

Teaser 30

 


Di ambang pintu, Adam berdiri. Pucat, diam. Matanya tak lepas dari tubuhku yang sedang menurunkan bagasi dan mengemas barang. Dia perhati setiap gerak-geriku. Lama. Sangat lama dia berdiri di situ tanpa kata. Tiba-tiba…dia datang dekat…dan buat benda yang langsung aku tak jangka.

Dia buka balik bagasi itu. Keluarkan barang-barang yang baru saja aku susun kemas.

        “Kenapa?.” Aku bersuara, berpura-pura kesal walau dada aku dah bergoncang hebat.

        “Abang masih suami Sya….sampai ke saat ini, abang masih suami Sya!!.” Suaranya tegas, keras dan matanya penuh luka.

Aku tahan air mata yang hampir gugur. Tak boleh. Aku tak boleh menangis depan dia. Nanti dia tahu aku goyah.

        “Sya sengaja tutup telefon kan?.” Dia soal, suaranya makin naik.

        “Sya sengaja buat abang risau. Sya tau tak, abang tunggu Sya sampai pukul empat pagi!. Kepala abang hampir gila fikirkan awak, Sya!. Kenapa awak buat abang macam ni?. Kenapa??!.”

Aku diam. Telan semua rasa bersalah yang datang bertubi-tubi.

Adam mengeluarkan barang-barang itu satu demi satu dengan gerakan laju seperti sedang melawan sesuatu yang tak kelihatan.

        “Jangan nak buat dramalah Sya!!. Sya takkan tinggalkan rumah ni sebab abang takkan ceraikan Sya!.” Katanya tegas, suara dia meninggi sedikit.

Rahangku mengeras mendengarnya. Aku tahu…aku dah lukakan hati dia terlalu banyak… banyak kali tapi…aku tak boleh beritahu dia yang semua ini aku buat demi kebahagiaan dia. Bukan sebab aku benci. Bukan sebab aku mahu pergi.

Aku berpura-pura ketawa, sinis.

        “Sya dah penatlah nak berlakon depan abang!. Sya dah penat pura-pura jadi isteri yang solehah untuk abang. Semua itu buat Sya rasa muak!. Muak!!.” Nafasku tersekat masa sebut perkataan itu. Pedih tapi aku terpaksa.

Adam tiba-tiba berhenti. Tangannya terhenti di atas kain tudungku yang baru sahaja dia keluarkan. Matanya kosong seperti tak percaya dengan apa yang baru aku cakap.

        “Kita tamatkan je semua ni….dah berkali-kali Sya cakap benda yang sama!. Dalam perkahwinan kita, tak pernah ada pun cinta…dan Sya…”

        “Abang cintakan awak, Nurraysa…abang cintakan awak sepenuh hati abang.”

Sunyi.

Udara dalam bilik ini seolah-olah hilang. Macam semua benda terhenti.

        “Abang tak tahu…rasa sayang abang…cinta abang pada Sya boleh jadi seteruk ini. Abang tak boleh hidup tanpa Sya…” suaranya perlahan dan setiap perkataan terasa berat. Tulus.

Aku diam. Nafas pun terasa tersekat di kerongkong. Dalam hati aku…ada rasa yang tak mampu aku kawal. Bahagia…bahagia sangat sampai aku rasa nak menangis. Selama ni… dia tak pernah ucapkan itu. Sepanjang perkahwinan kami, dia tak pernah betul-betul luahkan.

Adam kembali capai buku-buku yang aku nak bawa. Dia simpan semula di rak satu demi satu.

        “Maaf….” ucapnya perlahan.

        “Semua ini salah abang. Tolonglah jangan macam ni Sya, kita boleh bincang baik-baik…”

Aku pandang wajahnya. Matanya nampak letih. Penat emosi. Mungkin lebih teruk dari fizikal dia yang masih belum pulih sepenuhnya. Air mata aku dah jatuh tapi cepat-cepat aku sapu, takut dia nampak. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kumpul semua kekuatan yang tinggal.

Aku sedang bersedia….untuk memainkan watak paling kejam dalam hidup seorang lelaki yang sayangkan aku sepenuh hatinya.

        “Abang tak perlu minta maaf. Abang tak salah apa-apapun. Sya yang salah…. Sya yang buat keputusan terburu-buru masa kat hospital dulu. Semua tu buat Sya rasa menyesal… sampai sekarang.” Nafasku terhenti seketika.

        “Apa yang abang cakap masa tu memang betul…untuk apa kita kahwin kalau akhirnya nanti Sya tak bahagia?.”

Ayat itu….payahnya nak keluar tapi aku paksa juga walaupun hakikatnya, aku bahagia. Aku bahagia pernah hidup dengan dia tapi aku tak mahu jadi beban dalam hidup dia yang masih panjang. Dia layak dapat bahagia yang sebenar.

Aku nampak dia terduduk…makin terpuruk dengan kata-kata aku. Matanya tak pandang aku. Aku tahu, aku telah hancurkan hatinya. Selepas semua yang aku lalui bersama dia… tak ada satu pun yang aku sesali tapi kalau aku terus tinggal di sini, aku tahu aku akan patahkan hati dia lebih dalam lagi.

        “Baiklah….” suara dia pecah sedikit. Serak, tertahan.

        “Kalau macam tu…buatlah ikut suka hati awak. Pastikan tak ada satu barang pun yang tertinggal dalam rumah ni!.” Dia berpaling keluar dari bilik. Langkah berat dan dia tak toleh langsung. Aku terduduk. Tubuh aku jatuh perlahan ke lantai. Lutut longlai.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teaser 1

  “Sya, jom kahwin…” Aku terus pusing. Pandang dia…muka aku penuh tanda soal. Mulut tak terkeluar sepatah kata pun dan dia…dia tunjuk satu cincin. Cincin dengan satu permata kecil yang berkilau cantik. Tidak besar tapi cukup untuk buat aku rasa dunia ini seperti terhenti seminit. Waktu tu….sumpah, aku rasa macam nak jerit gembira. Nak lari keliling taman masjid tanpa kasut pun aku sanggup. Biarlah hujan lebat, biarlah tudung lepek, baju basah sebab hati aku… dah meletup-letup. Rasa macam ada ribuan kupu-kupu dalam dada, pegang reben warna-warni, menari ikut degupan jantung. Bahagia…terlalu bahagia sampai aku terdiam.Tak percaya, tak bergerak, tak bernafas.         “Sudi kan?…Nur Natasya binti Omar?.” DUMP!. Terasa seperti ada petir yang meletup tapi hakikatnya, yang sebenarnya meletup bukan petir tapi hati aku. Hati aku terus jatuh, pecah!. Aku betul-betul harap aku salah dengar tapi dia sebut Nur Natasya binti Omar, bukan aku. Bukan N...

Teaser 18

  “Kenapa kau sanggup kahwin dengan lelaki tu?.” Soal Jazlan tiba-tiba. Tepat seperti yang dijangka Nurraysa. Dia menghela nafas panjang.         “Kau nak cakap apa sebenarnya ni?. Aku tak nak jelaskan apa-apa buat masa ni.” Suaranya perlahan tapi cukup untuk menzahirkan keletihan yang membalut seluruh tubuh dan jiwanya. Dia memang tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa detik kemudian, jarak mereka sedikit menjauh tapi Jazlan tetap melemparkan satu lagi soalan yang membuat langkah Nurraysa terhenti.         “Kenapa kata laluan telefon kau…tarikh lahir aku, Sya?.” Nada suaranya naik sedikit, bergetar antara marah dan hairan. Nurraysa kaku. Tangannya pantas meraba poket skirt…kosong!. Telefon itu tiada. Pasti tertinggal dalam wad Abi tadi tapi….bagaimana Jazlan tahu?. Seketika kemudian, Jazlan mengeluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya sendiri.      ...

Teaser 3

  “Tumpang tanya, bilik Encik Adam dekat mana ya?.” Aku tanya pada seorang pensyarah perempuan yang kebetulan keluar dari bilik. Dia tunjuk satu bilik yang aku sebenarnya dah lalu tadi. Okay, patah balik. Tiba depan pintu bilik tu…aku ketuk. Sekali. Dua kali. Tiga. Nada ketukan aku makin berat, makin laju tapi tak ada suara. Tak ada gerakan. Tak ada respon langsung dari dalam. Kalaulah ini bukan bilik pensyarah, dah lama aku terajang pintu tu. Rasa geram, rasa letih, rasa macam semua benda nak datang serentak ke atas kepala aku hari ni. Aku dah bersedia nak balik je. Cari mana-mana sudut yang sunyi, yang boleh aku duduk dan menangis puas-puas. Aku nak luah semua pada Allah. Aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa lagi tapi entah kenapa, aku gagahkan juga diri buka pintu tu perlahan-lahan. Nafas aku tarik panjang, dalam. Jari aku pegang tombol pintu erat-erat sebelum aku tolak. Pintu bergerak sedikit demi sedikit. Bilik tu luas. Ada aura klasik, macam pejabat zaman dulu. M...