Langkah itu makin dekat. Kemudian, satu suara yang sangat aku kenal menembus ruang sepi ini.
Aku terus tunduk. Jantung aku berhenti sesaat. Aku tahu…dia. Dia dah berdiri betul-betul depan aku.
“Cakap dengan saya…yang awak tak pernah cintakan saya dan saya akan tunaikan semua permintaan awak…” suara Adam rendah tapi jelas. Tak ada gentar. Tak ada nada sedih.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Dada aku rasa penuh, susah nak bernafas. Aku lukakan dia. Aku lukakan diri sendiri. Tangan aku menggenggam botol ubat sampai rasa nak pecah. Aku takut suara aku pecah nanti tapi aku tahu, kalau aku goyah sekarang, semua ini tak akan selesai.
“Ya….Sya tak pernah cintakan abang…”
Aku jawab dengan nada paling kosong yang aku mampu beri.
Aku dengar bunyi robekan kertas. Suara kasar tu buat hati aku makin bergetar. Aku tahu…aku tahu apa yang dia koyakkan. Kemudian, aku rasa ada sesuatu dilempar ke arah aku. Tak kena badan aku tapi cukup untuk aku dengar bunyi logam itu terhempas ke lantai.
“Semua ini tak perlu lagi. Itu hadiah terakhir dari saya…”
Benda itu…entah cincin, entah kunci, entah apa. Aku tak dapat tengok tapi aku tahu, ia adalah simbol yang paling akhir.
“Semuanya berakhir di sini….pernikahan kita hanya setakat ini, Nur Nurraysa binti Omar, aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Dada aku berhenti. Rasa tercekik dalam tekak buat aku hampir tak mampu telan air liur. Tangan aku menggigil tak henti. Nafas pendek-pendek. Aku dengar langkah dia menjauh. Perlahan….makin lama makin sayup. Bila aku pasti yang dia dah benar-benar pergi, tangan aku akhirnya longgar. Botol kaca di tangan aku terlepas. Jatuh dan pecah. Bunyi serpihan kaca bergema dalam koridor yang sepi. Ubat-ubat tu berhambur atas lantai. Tubuh aku pun ikut melorot ke bawah. Lutut aku tak mampu tahan beban rasa yang menyesakkan dada.

Ulasan
Catat Ulasan